Menyambut hari raya selalunya meninggalkan kesan yang agak berat terhadap ekonomi kita jika tidak kena gayanya.Maklumlah sebahagian wang simpanan telah dibelanjakan untuk sambutan raya.Hendak tunggu gaji yang akan datang sebulan lagi barulah dapat.Namun begitu kalau diatur dengan baik insyaAllah boleh diatasi.Ada jalan keluarnya.Dalam mengurus kewangan ia melibatkan dua aspek iaitu.Pertama wang masuk,Kedua wang keluar.
Wang Masuk,selain wang gaji yang diterima setiap bulan,wang masuk juga diperolehi melalui sumber-sumber pendapatan sampingan.Memang ramai dikalangan kita susah hendak menambah wang masuk,melainkan kalau seseorg itu betul2 rajin.
Wang Keluar,kalau tidak nampak juga cara untuk menambah wang masuk,maka satu cara untuk mengurangkan kegawatan ekonomi ialah dengan mengawal wang keluar.wang di belanjakan untuk pelbagai keperluan ini mestilah diempang supaya tidak mengalir keluar tanpa had.Ini boleh dilakukan dengan mengambil langkah berjimat.Melalui langkah berjimat cermat ini sebenarnya perlu diamalkan secara berterusan,bukan semestinya menunggu waktu kewangan gawat saja.InsyaAllah nanti anda akan merasai kepuasan di samping mempunyai lebihan wang untuk tabungan,sedekah dan amal jariah.
Duit Raya,bagi yang sudah bekerja dianjurkan supaya tidak melupakan memberi `angpau` khas untuk ibu bapa anda.
DENGAN INI SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN SEKALI LAGI.MENGUCAPKAN SALAM AIDILFITRI,MAAF ZAHIR DAN BATIN.JIKA ADER TERSALAH DAN SILAP MOHON MAAF DARI HUJUNG RAMBUT KE HUJUNG KAKI.
No comments:
Post a Comment