Tuesday 28 October 2008

JANGAN,JANGAN,JANGAN

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).


Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.


Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.


Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.


Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.


Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.



Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH..

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.


ALLAH lebih tahu apa yang terbaik ! untuk hamba ciptaanNya

Wasalam




'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'
(Sabda Rasulullah SAW)


'Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.'

Wednesday 22 October 2008

PROGRAM IBADAH QURBAN 1429H/2008M

PROGRAM IBADAH QURBAN 1429H/2008M

TARIKH : 10 DISEMBER 2008 ( RABU )/12 ZULHIJJAH 1429

TEMPAT : PUSAT DAKWAH ISLAMIAH N.SEMBILAN PAROI.

Program ini terbuka kepada orang ramai.Sesiapa yang ingin menyertai,hubungi segera Pusat Dakwah Islamiah,N.Sembilan Paroi.

TEL : 06-6751609/1605/1604

FAX : 06-6789763

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : Pada 03 DISEMBER 2008.

SATU BAHAGIAN RM350,

PENYERTAAN ADALAH TERHAD

Thursday 16 October 2008

Terjemahan Surah Al Fatihah

Selama ini kita hanya membaca sahaja.Mungkin ada juga dikalangan kita tidak tahu tafsir surah Al Fatihah.Membaca surah ini dalam solat amat penting sekali.Solat itu tiang Agama.Aku bertulis ini hanya ingin berkongsi.Dulu akupun tidak tahu.Aku fahami maksud surah ini untuk mendapatkan khusuk dalam solatku.

1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.

3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).

5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.

7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Untuk mendengar audio bacaan surah2 dalam Al Quran silalah ke alaman bawah yang tertulis AL Quran.atau di sebelah kanan blog ( Mari Belajar Membaca al Quran ) Semoga Amalan Kita Diterima dan Diberkati Allah.

94. Al INSHIRAH (8)

94. AL-INSHIRAH (8).

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih.

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?

وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ
Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَارْغَبْ
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


YA ALLAH PERMUDAHKANLAH APER YANG KAMI KERJAKAN DAN APA YANG KAMI HAJATI.PADAMU KAMI SEMBAH DAN KAMI POHON PERTOLONGAN.KAULAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASAHI.

hsh_n9@yahoo.com,hshn9.blogspot.com