Wednesday 14 October 2009

Tuesday 13 October 2009

JUAL BELI DAN PERNIAGAAN MENURUT ISLAM

ust zaharuddin Tanyalah Ustaz Siri 2 (1/4) from dakwahislami on Vimeo.



u. zaharuddin tanyalah ustaz siri 1 (2/4) from dakwahislami on Vimeo.



Asalammualaikum..
Agak lama tak update blog nie..Ini ader sedikit video untuk dikongsi bersama tentang jual beli dan perniagaan menurut Islam.Semoga kita dapat manfaatnya bersama..

Friday 18 September 2009

RAYA OH RAYA...$$$$$




Menyambut hari raya selalunya meninggalkan kesan yang agak berat terhadap ekonomi kita jika tidak kena gayanya.Maklumlah sebahagian wang simpanan telah dibelanjakan untuk sambutan raya.Hendak tunggu gaji yang akan datang sebulan lagi barulah dapat.Namun begitu kalau diatur dengan baik insyaAllah boleh diatasi.Ada jalan keluarnya.Dalam mengurus kewangan ia melibatkan dua aspek iaitu.Pertama wang masuk,Kedua wang keluar.

Wang Masuk,selain wang gaji yang diterima setiap bulan,wang masuk juga diperolehi melalui sumber-sumber pendapatan sampingan.Memang ramai dikalangan kita susah hendak menambah wang masuk,melainkan kalau seseorg itu betul2 rajin.

Wang Keluar,kalau tidak nampak juga cara untuk menambah wang masuk,maka satu cara untuk mengurangkan kegawatan ekonomi ialah dengan mengawal wang keluar.wang di belanjakan untuk pelbagai keperluan ini mestilah diempang supaya tidak mengalir keluar tanpa had.Ini boleh dilakukan dengan mengambil langkah berjimat.Melalui langkah berjimat cermat ini sebenarnya perlu diamalkan secara berterusan,bukan semestinya menunggu waktu kewangan gawat saja.InsyaAllah nanti anda akan merasai kepuasan di samping mempunyai lebihan wang untuk tabungan,sedekah dan amal jariah.

Duit Raya,bagi yang sudah bekerja dianjurkan supaya tidak melupakan memberi `angpau` khas untuk ibu bapa anda.


DENGAN INI SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN SEKALI LAGI.MENGUCAPKAN SALAM AIDILFITRI,MAAF ZAHIR DAN BATIN.JIKA ADER TERSALAH DAN SILAP MOHON MAAF DARI HUJUNG RAMBUT KE HUJUNG KAKI.

Thursday 17 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Mendayu suara meniti angkasa

Alunan takbir mengulit pagi

Insan tersenyum tanda gembira

Lebaran mulia menjelma lagi,

kali ini(Di hari lebaran mulia ini

Jangan pula membuat dosa

Begitulah hakikatnya hari raya

Bergembira tanpa melupakannya,

Allah Yang Esa

Indah suasana dalam senyuman

Seluruh alam turut raikan

Mengucapkan syukur pada Tuhan

Atas nikmat yang datang, limpahannya

Ikhlaskan hati mohon kemaafan

Leburlah dosa di tapak tangan

Lupakan segala silap dan salah

Insan bersatu membina ummah

Wednesday 17 June 2009

MAJLIS ILMU BERSAMA ULAMA

MAJLIS ILMU BERSAMA ULAMA.

TEMPAT : DEWAN BESAR PUSAT DAKWAH ISLAMIAH PAROI

TARIKH : 20 JUN 2009

"ATURCARA MAJLIS ILMU BERSAMA ULAMA NUSANTARA"


8.00AM : KEDATANGAN PARA TETAMU/PESERTA

8.45AM : - BACAAN DOA
- UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS
- UCAPTAMA SAHIBUS SAMAHAH DATO` MUFTI KERAJAAN NEGERI
SEMBILAN DARUL KHUSUS.

9.00AM : - MAJLIS ILMU BERSAMA ULAMAK NUSANTARA.
OLEH : Y.BHG SHEIKH MUHAMMED NURUDDIN BIN MARBU AL-BANJARI

11.00AM : - JAMUAN RINGAN/BERSURAI.

MELAHIRKAN MASYARAKAT "ULUL ALBAB" YANG CINTAKAN ILMU PENGETAHUAN UNTUK MEREALISASIKAN HASRAT KERAJAAN MELAHIRKAN MODAL INSAN TERBAIK.

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

www.hshn9.blogspot.com

Friday 8 May 2009

DUNIA ADALAH PENTAS,AKHIRAT TEMPAT YANG SEBENAR

DUNIA ADALAH PENTAS,AKHIRAT TEMPAT YANG SEBENAR

Sebagai umat Nabi Muhammad saw kita dituntut mengejar kejayaan dunia dan akhirat.Kejayaan dunia adalah bekal untuk kita mencapai kejayaan diakhirat,dunia adalah pentas yang akan menguji ketaatan kita kepada Allah menurut perintahnya.Kekuatan iman diuji, pelbagai cabaran dan dugaan yang akan kita hadapi.

Untuk mendapat keredaan Allah segala perbuatan hendaklah di niat kerana Allah.Dari situ tidaklah timbul penyakit rohani seperti sakit hati dan dendam.kedua dua penyakit ini bukan sahaja boleh membahayakan individu dan rumahtangga tetapi boleh menghancurkan sebuah peradaban manusia.Janganlah terlalu cintakan dunia kerana dunia adalah sementara,segala yang kita miliki tidak akan kekal buat selama-lamanya.Segala kenikmatan yang kita dapat didunia datangnya dari kurniaan Allah.Munusia sebagai kalifah dimuka bumi itu amanah yang perlu kita pegang sebaik mungkin kerana itu adalah penentu kejayaan kita di akhirat.

Alangkah baiknya jika mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

“ Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad,
Maka bertawakallah pada Allah,
Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang bertawakal kepadanya.”
: Ali Imran 159


Ya Allah jadikanlah kami hamba yg sentiasa mengingatiMu, yg selalu patuh perintahMu, yg mengalirkan air mata kerana menginsafi dosa terhadapMu... Amin

Saya budak baru belajar klu salah tolong tunjukkan.Jika ader kesilapan dalam aper yang aku tulis nie sila tegur.Untuk kebaikan bersama.

Sunday 12 April 2009

CERPIN SANTAI

KELDAI YANG MEMAKAI SERBAN.

Seorang ahli hikmah masuk ke dalam sebuah kampung dengan menunggang seekor keldai.Beliau memakai serban besar kelihatan begitu letih dan ingn beristirehat di kampung itu sebelum meneruskan kembaranya.
Melihat ahli hikmah itu datang ke kampung mereka,orang kampung itupun segera menyambutnya.
"Assalammualaikum orang alim,"sapa seorang lelaki.
"Selamat datang tuan,"sapa seorang yang lain.
Tidak lama kemudian,hebohlah seluruh isi kampung.Hampir seluruh penduduk kampung keluar menyambut ahli hikmah itu.
"Tolong ajarkan kami.."pinta mereka.
"Jadilah guru kepada kami semua."
"Syukur tuan datang.Jika tidak jahillah kami."
Ahli hikmah itu turun dari keldainya dan bertanya,"Bagaimana kamu semua tahu yang aku nie orang alim?"
Orang-orang kampungpun menjawap,hampir serentak,"Kerana kami lihat tuan memakai serban besar,tentulah ilmu tuan banyak.Tolong-tolong ajarlah kami."
Sambil tersenyum ahli hikmah itu membuka serbannya dan terus memakaikan serban itu ke diatas kepala keldainya.
"Ha..sekarang keldaiku yang memakai serban yang besar.Sila kamu semua belajar daripadanya."
Orang kampung tercengang-cengang.Tidak sangka mereka telah mendapat "pelajaran pertama"daripada ahli hikmah itu dengan cara yang begitu bersahaja,tetapi sangat sinis sekali.Ya pengajaran kadakala pahit sedikit.

PENGAJARAN : RAMAI ANTARA KITA YANG MASIH MENGUKUR NILAI DALAMAN SESEORANG HANYA BERDASARKAN RUPA LAHIRIAHNYA.WALAUPUN TANDA-TANDA LAHIRIAH JUGA PENTING SEBAGAI PETANDA BAIK ATAU BURUKNYA KEPERIBADIAN SESEORANG,TETAPI SIKAP TERLALU CEPAT MENERIMA ATAU MENOLAK SESEORANG HANYA BERDASARKAN PAKAIAN,KELULUSAN,GELARAN ATAU YANG LAIN-LAIN UKURAN FIZIKAL ATAU METERIAL,ADALAH TIDAK TEPAT.
PAKAIAN ADALAH UMPAMA "TOPENG"YANG KITA PAKAI.TIDAK SALAH MEMAKAI TOPENG YANG BAIK.NAMUN,PASTIKAN BAHAWA KITA ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA TOPENG YANG KITA PAKAI...