salam,
Skim ini merupakan satu kaedah beramal ibadah dengan konsep wakaf melalui wang tunai. Ia diharapkan dapat memudahkan dan memberi peluang kepada kita samada kaya atau tidak berkemampuan untuk berwakaf tanpa mewakafkan aset yang beribu malah berjuta ringgit. Tetapi alangkah bahagianya kita jika dapat mewakafkan aset yang cukup bernilai dan kita sayangi itu. Begitulah janji Allah SWT di dalam surah Ali Imran ayat 92 yang menceritakan perihal seseorang itu akan mencapai kepada tahap kebaikan yang sempurna apabila mewakaf sesuatu yang kita amat sayang. Sudah tentu duit, rumah, tanah dan lain-lain harta kita merupakan perkara yang kita cukup sayang kerana sukar untuk mendapatkannya, di situlah Allah SWT ingin menguji hambaNya sejauh mana yakin dengan janji yang dinyatakan di dalam ayat tadi. Tidak dinafikan ada hambaNya yang menyahut sarana itu dengan mewakafkan rumah, apartment, duit ribuan ringgit demi mendapat darjat kesempurnaan kebaikkan itu. Semoga pewakaf-pewakaf ini mendapat balasan yang setimpal dengan amal mereka di akhirat kelak. Oleh yang demikian rebutlah peluang yang ada di depan anda sekarang dengan kaedah yang cukup mudah hanya mengeluarkan wang ringgit serendah RM1 untuk berwakaf. Anda boleh memuat turun borang skim wakaf tunai dari blog ini atau membuat fotokopi dan hantarkan atau pos ke alamat yang tertera. Jika terdapat sebarang kemusykilan, soalan dan cadangan, anada boleh menghubungi talian telefon seperti yang tertera di dalam pamplet. Jutaan terima kasih kepada anda semua atas sokongan yang diberikan. Semoga amal ibadah wakaf tuan/puan mendapat balasan yang setimpal daripada Allah SWT. Wassalam.
"Kamu tidak akan sekali kali akan dapat mencapai (hakikat)kebajikan dan kebaktian (yang sempurna)sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya"
( Al Imran : 92 )
( Al Imran : 92 )
Skim wakaf tunai ini adalah satu cara berwakaf melalui wang tunai dan ianya merupakan satu mekanisme berwakaf yang mudah di zaman kini.Oleh itu rebutlah peluang keemasan untuk beramal bg menjamin penambahan saham akhirat kita pada hari pembalasan kelak.
Untuk Keterangan Lanjut Hubungi :
PERBADANAN WAKAF N.SEMBILAN SDN BHD,
NO 26 ATAS,JALAN TAMAN KOMERSIAL SENAWANG 8,
TAMAN KOMERSIAL SENAWANG,
70450 SENAWANG,SEREMBAN,
N.SEMBILAN DARUL KHUSUS.
TEL : 06-6785958 / 06-6787255
FAX : 06-6787278
No comments:
Post a Comment