Tuesday, 10 February 2009

TIGA AMALAN UNTUK DAPAT SAHAM AKHIRAT

Assalamualaikum wbt ,

Saham akhirat (sedekah) yg kita beli di dunia akan hanya dapat dinikmati dividennya di alam akhirat. Ada 2 lagi amalan di dunia yang bila kita lakukan dgn hati ikhlas kerana ALLAH akan terima dividennya di akhirat iaitu anak yg soleh & ilmu yg bermanafaat.

Ramai juga yag berkata "Ehh..betul ke ni kutip derma nak bina masjid?" Ketahuilah bila niat kita mmg nak sedekah , ALLAH akan tuliskan pahal buat kita. Jika peminta sedekah itu telah menipu kita, ALLAH tetap catat saham akhirat kita...jadinya janganlah kita risau & gusar sekiranya peminat sedekah itu nak tipu kita.

Biasa juga masa kita nak sedekah tu , syaitan akan berbisik "alahai...beri jer RM1 yg penting ikhlas"...mmg betul tapi jika kita perhatikan jika derma kat utk masjid di taman/kampung kita sendiri...berilah lebih kerana jika kita fikirkan ...di akhirat nanti kita nak masuk shurga ALLAH yg penuh nikmat yg 99 ada di sana...yang 1 ada di dunia...tapi masa kat dunia kita beli saham RM1...kat shurga manakah kita layak duduk?

Rasulullah SAW menjelaskan tentang amalan-amalan yang berkekalan pahalanya melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud : " Apabila mati seorang manusia, maka putuslah amalan-amalannya kecuali dari tiga punca : (1)Sedekah yang berkekalan, atau (2) ilmu yang di manfaatkan orang atau (3) anak yang soleh yang mendoakannya ".

Jika kita lihat kpd 1,2 & 3 amalan yg merupakan saham-saham akhirat... mudah kita nak dapat saham akhirat...tapi kita terus leka dgn bisikan syaitan. Syaitan tahu jika ramai manusia lakukan dan hayati 3 amalan ini...tiada lah pengikutnya di akhirat nanti.

Jadinya bisikan syaitan yg selalu kita dengar "ala...Mat...kau masih muda enjoy dulu.."
"kalau kau sedekah RM5 ...budak yg kena barah hati tu...x boleh hidup...cuba lihat kat akhbar"

Amalan 1 - Yang dikatakan sedekah yang berkekalan ialah amalan sedekah yang pahalanya sampai menemuinya walaupun sudah meninggal 500 tahun umpamanya seperti membina masjid, surau, membina rumah anak yatim dsb. Jadinya kita bolehlah beri ikut kemampuan dan setakat mana keikhlasan kita.

Amalan 2 - Ilmu yg dimanfaatkan pula adalah buku atau kitab yg menjadi rujukan hingga ke akhir zaman...juga hompej yg membawa kesedaran kpd pembacanya...amka orang yg bina hompej akan dapat pahala....gitu juga jika kita pesan pada anak/adik supaya amalkan baca ayat kursi sebelum tidur, sebelum keluar rumah, setelah habis solat...dan pesanan kita ni diberikan pula pada anak-cucu-cicit...maka kita pun ada dapat pahala.

Amalan 3 - Anak soleh yang mendoakan. Anak yang beribadat, bersembahyang dan mendoakan kita, pahalanya juga akan sampai kepada kita lantaran didikan dan asuhan kita dulu. Didiklah anak-anak kita dari sekarang sebelum terlambat supaya menjadi anak yang soleh. Sebelum peringkat itu, mula-mula kenalah jadikan kita dulu anak yang soleh, anak yang suka mendoakan kedua ibu bapanya.

No comments: