Tentera Zionis gagal mara
Dua kereta kebal milik Israel dimusnahkan pejuang Hamas
BANDARAYA GAZA: Sayap bersenjata pergerakan Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam, berkata pejuang mereka berjaya memusnahkan dua kereta kebal Israel di penempatan Ash Sheikh Ajlin dan Zeitun semalam, ketika jumlah rakyat Palestin yang terkorban kini hampir menjangkau 1,000 orang.
"Kereta kebal Israel memasuki kawasan Tal al-Hawa, Ash Sheikh Ajlin dan kejiranan Zeitun, lebih jauh ke dalam kawasan bandar berbanding sebelum ini. Pesawat melancarkan serangan bom, manakala kereta kebal melepaskan tembakan bertalu-talu. Pejuang bertindak balas dengan melancarkan peluru mortar," kata seorang saksi.
Tentera Israel bagaimanapun menafikan dakwaan itu.
Wartawan Al-Jazeera di Bandaraya Gaza melaporkan tentera Israel mula memasuki kawasan bandar di Tal al-Hawa pagi semalam, tetapi terpaksa berundur semula ke pinggir bandar berikutan serangan balas pejuang Palestin.
Laporan sebuah agensi berita Palestin pula memetik kenyataan Briged al-Qassam sebagai berkata, unit itu menawan seorang askar Yahudi dan menahannya di sebuah rumah di Gaza.
Namun, beberapa jam kemudian rumah itu dibedil jet pejuang tentera Israel dan askar Yahudi itu turut terbunuh.
Tentera Israel tidak membuat sebarang ulasan terhadap laporan itu.
Anggota perubatan di Gaza berkata, seorang penduduk Palestin terbunuh dalam serangan kereta kebal di Zeitun, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada mereka pejuang atau penduduk awam.
Beberapa orang saksi lain berkata, pasukan khas Israel sebelum itu cuba memasuki perkampungan Khuzaa di selatan Khan Yunis, berhampiran sempadannya, tetapi terpaksa berundur selepas diserang hendap.
Kereta kebal Israel kemudian melepaskan tembakan ke arah perkampungan berkenaan. Tembakan itu menyebabkan seorang wanita terbunuh, manakala 60 orang lagi cedera.
Doktor berkata, 55 daripada mereka cedera akibat terkena bom kimia fosforus putih yang penggunaannya ke atas orang awam diharamkan oleh undang-undang antarabangsa.
Pergerakan Hamas mendakwa sejumlah askar Zionis maut dalam serangan di Khuzaa, tetapi jurucakap Israel berkata, tiada laporan tentera Yahudi terbunuh di perkampungan itu setakat ini. AFP
Sumber Dari : Berita Harian Online.
BERSAMA KITA SELURUH UMAT ISLAM TERUS BERDOA..BERDOA TANPA HENTI..AGAR BUMI PALESTINE BEBAS DARI CENGKAMAN ZIONIS.
www.hshn9.blogspot.com
Tuesday, 13 January 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment