Tuesday, 13 January 2009

TENTERA ZIONIS GAGAL MARA.

Tentera Zionis gagal mara


Dua kereta kebal milik Israel dimusnahkan pejuang Hamas

BANDARAYA GAZA: Sayap bersenjata pergerakan Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam, berkata pejuang mereka berjaya memusnahkan dua kereta kebal Israel di penempatan Ash Sheikh Ajlin dan Zeitun semalam, ketika jumlah rakyat Palestin yang terkorban kini hampir menjangkau 1,000 orang.

"Kereta kebal Israel memasuki kawasan Tal al-Hawa, Ash Sheikh Ajlin dan kejiranan Zeitun, lebih jauh ke dalam kawasan bandar berbanding sebelum ini. Pesawat melancarkan serangan bom, manakala kereta kebal melepaskan tembakan bertalu-talu. Pejuang bertindak balas dengan melancarkan peluru mortar," kata seorang saksi.

Tentera Israel bagaimanapun menafikan dakwaan itu.



Wartawan Al-Jazeera di Bandaraya Gaza melaporkan tentera Israel mula memasuki kawasan bandar di Tal al-Hawa pagi semalam, tetapi terpaksa berundur semula ke pinggir bandar berikutan serangan balas pejuang Palestin.

Laporan sebuah agensi berita Palestin pula memetik kenyataan Briged al-Qassam sebagai berkata, unit itu menawan seorang askar Yahudi dan menahannya di sebuah rumah di Gaza.

Namun, beberapa jam kemudian rumah itu dibedil jet pejuang tentera Israel dan askar Yahudi itu turut terbunuh.


Tentera Israel tidak membuat sebarang ulasan terhadap laporan itu.

Anggota perubatan di Gaza berkata, seorang penduduk Palestin terbunuh dalam serangan kereta kebal di Zeitun, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada mereka pejuang atau penduduk awam.

Beberapa orang saksi lain berkata, pasukan khas Israel sebelum itu cuba memasuki perkampungan Khuzaa di selatan Khan Yunis, berhampiran sempadannya, tetapi terpaksa berundur selepas diserang hendap.

Kereta kebal Israel kemudian melepaskan tembakan ke arah perkampungan berkenaan. Tembakan itu menyebabkan seorang wanita terbunuh, manakala 60 orang lagi cedera.


Doktor berkata, 55 daripada mereka cedera akibat terkena bom kimia fosforus putih yang penggunaannya ke atas orang awam diharamkan oleh undang-undang antarabangsa.

Pergerakan Hamas mendakwa sejumlah askar Zionis maut dalam serangan di Khuzaa, tetapi jurucakap Israel berkata, tiada laporan tentera Yahudi terbunuh di perkampungan itu setakat ini. – AFP

Sumber Dari : Berita Harian Online.

BERSAMA KITA SELURUH UMAT ISLAM TERUS BERDOA..BERDOA TANPA HENTI..AGAR BUMI PALESTINE BEBAS DARI CENGKAMAN ZIONIS.
www.hshn9.blogspot.com

Wednesday, 7 January 2009

PELANCARAN KEMPEN BOIKOT TERPILIH PRODUK YAHUDI/MENYOKONG YAHUDI - COKE, STARBUCKS DAN COLGATE DI PERINGKAT NEGARA 9 JANUARI 2009,MASJID NEGARA.

KENYATAAN AKHBAR BERHUBUNG PELANCARAN KEMPEN BOIKOT TERPILIH PRODUK YAHUDI/MENYOKONG YAHUDI - COKE, STARBUCKS DAN COLGATE DI PERINGKAT NEGARA


TARIKH : 9 JANUARI 2009
TEMPAT : PERKARANGAN MASJID NEGARA
MASA : SELEPAS SOLAT JUMAAT

Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM ) bersama NGO lain akan melancarkan Kempen Boikot Produk Terpilih Yahudi/Menyokong Yahudi – COKE,STARBUCKS,COLGATE peringkat Negara. Majlis pelancaran ini akan diadakan pada 9 Januari 2009 (Jumaat ) selepas solat Jumaat di perkarangan Masjid Negara.
Majlis Pelancaran Boikot Produk Yahudi/Berkaitan Yahudi peringkat Negara ini bertujuan bagi menggesa semua masyarakat pengguna di dalam Negara ini khususnya masyarakat pengguna Islam untuk memboikot produk terpilih milikan /menyokong Yahudi.

Ini bagi membantah kebiadapan, kezaliman Israel dan sekutunya ke atas rakyat Palestin. Masyarakat pengguna Islam di Negara ini harus turut serta dengan tidak menyokong produk terpilih ini bagi membantah kezaliman Israel dan sekutunya.

Rasional Kempen Boikot Terpilih adalah bagi memberikan kesan maksimum terhadap kempen boikot ini. Dengan menggunakan kuasa kepenggunaan iaitu dengan ‘hanya tidak membeli’ pengguna dapat melumpuhkan ekonomi syarikat terbabit dan menghantar isyarat yang jelas kepada Israel dan sekutunya Amerika Syarikat agar tidak menzalimi umat Islam di Palestin.

Kuasa Pengguna merupakan senjata terbaik dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja untuk menyuarakan bantahan berhubung tindakan kebinatangan Israel dan sekutunya tanpa mengira agama dan bangsa. PPIM telah lama memboikot produk – produk ini atas dasar sikap tidak berperikemanusiaan negara mereka terhadap umat Islam.

Kita perlu bertindakbalas dengan bijak kerana bantahan melalui memorandum dan perarakan tidak akan memberikan kesan langsung kepada kaum yang zalim ini.

PPIM bersama badan NGO lain berharap masyarakat pengguna Islam akan bersatu bagi mengajar kebiadapan Israel dan sekutunya. Kain rentang berhubung juga akan dipasang di Masjid Negara pada majlis pelancaran tersebut. Umat Islam dijemput hadir bagi menjayakan pelancaran boikot terpilih produk Yahudi/menyokong Yahudi ini pada majlis pelancaran tersebut.

PPIM juga menggesa HDC menarik balik sijil halal yang diberikan kepada syarikat terbabit kerana ia ‘tidak halal’ kepada umat Islam kerana produk milikan Yahudi /menyokong Yahudi tidak sepatutnya diberi pengiktirafan dan status ‘halal’ di Negara ini.

Industri serta premis perniagaan juga wajar turut serta di dalam kempen ini dengan tidak menggunakan serta menyenaraikan produk milikan Yahudi / menyokong Yahudi di premis perniagaan mereka. Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA ) telah lama tidak menjual COKE di rangkaian restoran milikan mereka bagi membantah kezaliman Israel dan sekutunya.

Pihak kerajaan dinasihatkan supaya menamatkan kontrak dengan syarikat milikan Amerika Syarikat bagi membantah kekejaman ini. Tindakan seperti ini perlu dimangkinkan dan pembabitan dengan syarikat di Negara ini perlu dihapuskan atau diminimakan semampu mungkin.

Pembabitan sepenuhnya masyarakat pengguna Islam amatlah diharapkan agar mampu untuk memberikan amaran jelas kepada Israel dan sekutunya supaya tidak terus menzalimi umat Islam.[END]

PPIM SENTIASA KONSISTEN DENGAN PERJUANGAN DAN AGENDA DEMI UMMAH. KEMPEN BOIKOT INI TELAH BERMULA DENGAN BOIKOT COKE PADA TAHUN 2002. ANTARA KOLEKSI BERITA DI LAMAN WEB PPIM BERKENAAN ISU BOIKOT (SEJAK 2004) SEPERTI : (SILA KLIK LINK)

1) http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/ comment.php?comment.news.206
Berita No.206-ISRAEL TERUS MEMBUNUH. BOIKOT PRODUK-PRODUK YANG MENYOKONG ZIONIST LAKUKAN SEKARANG ( 28 Julai 2006 )

2) http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/ comment.php?comment.news.207
Berita No.207-MASYARAKAT PENGGUNA ADA "KUASA" DAN MAMPU MENGAJAR KEBIADAPAN REGIM YAHUDI MELALUI KUASA BOIKOT PRODUK YANG MENYOKONG AGENDA YAHUDI ( 12 Ogos 2006 )

3) http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/ comment.php?comment.news.212
Berita No.212-JIKA KITA BENAR-BENAR INGIN BUAT SESUATU BAGI MEMBANTAH KEZALIMAN TENTERA ISRAEL, KITA BOLEH LAKUKAN SESUATU (12 Ogos 2006)

4) http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/ comment.php?comment.news.217
Berita No.217-BERITA PPIM-KEMPEN BOIKOT DI MASJID INDIA ( 27 Ogos 2006 )

5) http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/ comment.php?comment.news.381
Berita No.381-KE ARAH MEMPERKASAKAN PENGGUNA. PENGGUNA BIJAK MENJANA EKONOMI NEGARA (SARA LEE)

6) http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/ comment.php?comment.news.484
Berita No.484-EMEL ADUAN PILIHAN-INFO : Gaza: Penjara Terbesar Dunia.( 04 January 2008 )

7) http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/ comment.php?comment.news.535
Berita No.535-BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH ( 01 April 2008 )

8) http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/ comment.php?comment.news.575
Berita No.575-ADUAN PILIHAN-PETIKAN UTUSAN 26 JUN 2008-KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI BENARKAN STARBUCKS BEROPERASI DI IPTA

9) http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/ comment.php?comment.news.613
Berita No.613-EMEL PILIHAN-PROTOKOL KE 10 YAHUDI MENGANDUNGI 8 PERKARA..( 14 Oktober 2008 )

10) http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/ comment.php?comment.news.644
Berita No.644-BOIKOT PRODUK YAHUDI BANTAH KEKEJAMAN ISRAEL DI PALESTIN DEMI MARUAH UMAT ISLAM ( 28 Disember 2008 )

11) http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/ comment.php?comment.news.647
Berita No.647-ARTIKEL PILIHAN-FIKIR : KITA HANYA MAMPU LONTAR BATU , BAKAR BENDERA, PIJAK GAMBAR ( 02 Januari 2009 )

12) http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/ comment.php?comment.news.650
Berita No.650-KENYATAAN AKHBAR BERHUBUNG KEMPEN BOIKOT TERPILIH BAGI MEMBANTAH KEKEJAMAN ISRAEL MENYERANG PENDUDUK AWAM PALESTIN (03 January 2009 )

13) http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/ comment.php?comment.news.651
Berita No.651-ARTIKEL PILIHAN-Boycotting to Bring about a Change! (03 January 2009 )

KEMPEN BERTERUSAN PPIM MENGENAI BOIKOT

1) http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/ page.php?17
2) http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/ yahudiboikot.html

PETIKAN BERITA BERNAMA 6 JANUARI 2009 [link]

PPIM Lancar Kempen Boikot Produk Yahudi Jumaat


KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan melancarkan kempen memboikot produk Yahudi secara besar-besaran di seluruh negara bermula Jumaat ini di Masjid Negara.

Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Ma'mor Osman berkata kempen itu bertujuan menggesa semua pengguna, termasuk umat Islam memboikot produk pengeluaran syarikat milik Yahudi.

"Kempen ini akan dijalankan bersama-sama dengan beberapa badan bukan kerajaan yang lain (NGO) termasuk Malaysian Chinese Muslim Association (MCMA), Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) dan Interactive Muslimah Association (Iman).

"Ini bagi membantah kebiadapan, kezaliman Israel dan sekutunya ke atas rakyat Palestin. Masyarakat pengguna Islam di negara ini harus turut serta dengan tidak menyokong produk terpilih ini bagi membantah kezaliman Israel dan sekutunya," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Kempen itu adalah sebagai tanda protes serangan Israel ke atas Palestin sejak dua minggu lepas yang mengakibatkan lebih 300 rakyat Palestin terbunuh.

Dr Ma'mor berkata dalam kempen itu, PPIM akan turut menggesa Halal Industry Development Corporation (HDC) menarik balik sijil halal yang diberikan kepada syarikat-syarikat milik Yahudi kerana ia tidak sepatutnya diberi pengiktirafan dan status halal negara ini.

"Ini kerana hasil keuntungan daripada produk-produk itu digunakan untuk menzalimi rakyat negara Islam dengan mengeluarkan bom dan juga peluru," kata Dr Ma'amor.

Katanya menggunakan kuasa kepenggunaan, para pengguna dapat melumpuhkan ekonomi syarikat itu dan menghantar isyarat jelas kepada Israel dan Amerika Syarikat agar tidak menzalimi umat Islam di Palestin.

"Dengan cara ini, secara tidak langsung kita juga dapat meningkatkan produk keluaran tempatan," katanya.

-- BERNAMA

Sumber dari :http://www.muslimconsumer.org.my
Dipanjangkan : www.hshn9.blogspot.com

Sunday, 4 January 2009

Yahudi tidak akan takut pada org Islam selagi jemaah solat Subuh tidak menyamai jemaah solat Jumaat"

Sejak beberapa hari yg lepas, dunia dikejutkan buat kesekian kali yg entah ke berapa sejak tahun 1948 tentang pembantaian@brutality, uncivilised action terhadap umat Palestin.

Diberitakan (up to date), 360 nyawa telah terkorban, 700+ telah cedera sejak Israel laknatullah melancarkan bom ke wilayah Palestine sejak 3 hari yg lalu.

Otakku ligat berfikir...
Seluruh dunia mengecam
Yahudi dan falanist
Ganas, buas, bengis kejam


Apa yang kita mampu buat :

Di Beirut - ribuan umat Islam berarak di jalanraya membakar bendera, memijak gambar bush. Hasilnya 1 maut dan berpuluh lagi cedera setelah bertempur dengan polis sendiri.


Di Indonesia - ribuan pelajar menunjuk perasaan dijalanan.
Bakar bendera, pijak gambar pemimpin yahudi dan pemimpin Amerika.
Dua cedera kerana dirempuh penunjuk perasaan.


Di Jerman - ribuan rakyat Palestin dan penyokong mereka beraras di jalanan.
Bakar bendera, bakar gambar.
Tujuh orang penunjuk perasaan cedera di belasah polis.


Di Malaysia - Kempen pun bermula tiga hari lepas.
Boikot Nescafe , boikot McD, boikot Tesco .
Boikot semua barangan yahudi .
Semalam saya pergi Tesco ... saja jalan2 tengok apa yang orang Malaysia beli.
Tesco penuh sesak, isteri pergi shopping.
Dalam troli ada Nescafe.
Bapa melayan anak-anak kat McD.

Bila rakyat Malaysia nak berarak di jalanraya ?
Tunggu hari jumaat ...
lepas solat jumaat kumpul ramai-ramai depan masjid...
ganggu orang lalu lalang.
Lepas tu berarak pergi ke Kedutaan Amerika .
Menjerit... bakar bendera, pijak gambar Bush.

Bendera beli di Tesco .
Jom kita bakar ramai-ramai.


Itulah sahaja yang umat Islam mampu buat.
Berarak, buat bising dijalan, baling batu, bakar bendera, pijak gambar.
Lepas tu lapar ... pergi makan kat McD.

Orang Yahudi ketawa besar.
Umat Islam cuma mampu menjerit di jalanan.
Bakar bendera, pijak gambar.


Umat Islam tiada semangat untuk berjuang.
Semangat mereka telah dipadamkan oleh pemimpin-pemimpin Islam.
Berperang bukanlah lagi jihad sebenar.


Ada yag kata :-
Ekonomi adalah jihad sebenar.
Membina senjata bukan wajib bagi umat Islam.
Perusahaan makanan lebih penting.
Mengangkat sejata melawat kafirrun bukan lagi wajib.

Wajib bagi kita ialah membina ekonomi.
Membina ekonomi adalah jihad yang utama.
Mari kita sama-sama membangunkan ekonomi berlandaskan riba' yang dicipta oleh yahudi. Ekonomi adalah jihad sebenar.


Di Genting Gaza... lebih ramai yang mati.
Yang kebuluran, yang menanti maut.


Umat Islam di negara-negara lain sedang bermaharajalela dijalan-jalan raya.
Bakar bendera, pijak gambar.

Teruskanlah ... jihad sebenar ialah ekonomi

Betul ke?
Lalu aku teringat satu petikan dalam buku Rahsia Solat Subuh

"Yahudi tidak akan takut pada org Islam selagi jemaah solat Subuh tidak menyamai jemaah solat Jumaat"

tu dia...."Jawapannya"
Selagi kita tak mendaulat Islam as WAY OF LIFE...
selagi tu la org kafir tak takut dengan kita.

Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!

Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!


Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!

Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah


Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?


Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!


Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!

Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!

Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!


Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan
'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan
'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna....
Harta, takhta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

"Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikan"

Sajak ni sebenarnya selalu berkumandang di IKIM.fm
Kalau drive, terpaksa berhenti.
Gerun rasa dihati....
Balada insan berdosa...