Monday, 1 December 2008

HARGAILAH ISTERI ANDA

Renungan Bersama.. Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..
Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak….
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,
Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami.."offer" lah pada suami,
Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala..jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya..

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
>>From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10

Tuesday, 25 November 2008

EMPAT PUNCA HIDUP MANUSIA TIDAK TENTERAM.

Empat punca hidup manusia tidak tenteram



SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.






Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: ”Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! “Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!”


Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini – ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!

Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:

# Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan ‘keseronokan’ atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

# Kita terlalu banyak ‘komplen’ dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

# Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

# Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah ‘kematian’ itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati? Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: “Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak.”

Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA.

SUMBER DARI :
www.iluvislam.com
dihantar oleh: delirium
Editor: deynarashid

Wednesday, 19 November 2008

MENJANA KEHEBATAN DIRI DLM PERGAULAN

Jangan Ada Benci Di HatiRamai juga orang yang gagal dalam pergaulan keranamenyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu mahaadil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadapkita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci olehrakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapatkebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya.Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalinhubungan dengan orang lain. Kaedah Mengikis BenciCara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi,membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kitadengan memaafkan semua orang sebelum tidur? Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik denganorang lain. Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan. Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:

1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.

2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).

3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.

4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga,masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.

5) Sentiasa memperbanyakkan sabar.

6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronokberinteraksi dengan kita.

7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu denganyang lain.

8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yangkurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.

9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lainakan tertarik kepada kita.

10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.

11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.

12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akanmengukuhkan hubungan sesama manusia.

13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.

14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.

15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.

16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringiperpisahan dengan doa.Terlebih Dahulu Baiki DiriUntuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangidan memperbaiki diri kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukansebarang kegiatan yang boleh mensabotaj dan merosakkan dirinya. Setiap tindak-tanduknyaakan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain.

Ingatlah pesanan seorang sarjana:"Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka."

Sunday, 16 November 2008

Betapa Hinanya Nilai Seorang Hamba!

Betapa Hinanya Nilai Seorang Hamba!



Sedar atau tidak, pasti terkadang jiwa insani itu dihimpit naluri untuk bermegah-megah dengan setiap kelebihan yang dimiliki. Tatkala iman mula goyah, taqwa mula merapuh, nafsu merasuk nurani suci, lalu hati tunduk pada bisikan syaitan nan keji. Waktu itu, insani juga bisa terlupa bahawa tiap-tiap satu nikmat yang dikecapinya itu hadir hanya dengan izin Allah s.w.t. Lihatlah, betapa liciknya sang iblis! Sehinggakan, terkadang itu, di dalam jalan dakwah yang mulia ini, mampu terbitnya fitnah yang merugikan. Walhal, amal palsu menampakkan cerminan bahawa kita seolah-olah berada di atas jalan yang benar. Alangkah ruginya jika selama ini segala amal ibadah kita tidak diterima Khaliq! Maha Suci Allah yang tiap-tiap jiwa berada dalam genggamanNya! Kami mohon berlindung daripada melakukan amal yang sia-sia!





Apakah itu amal yang sia-sia?

Itulah amal yang didasari rasa 'ujub, riak dan takabbur. Bilamana landasan keikhlasan sudah mulai robek, diri lantas mendabik dada! Amal ibadah yang sepatutnya dilaksanakan berteraskan ketaatan kepada Ar-Rahman, mula mengintai pengiktirafan manusia lain. Harapan kepada pujian ramai mula berbunga-bunga. Saat ada pula yang lebih berjaya, hasad dengki mula mengambil tempatnya! Saat ada yang tersungkur, dia bersyukur! Betapa, manusia ini hamba yang hina dina. Waras akalnya tidak bersatu dengan kata hati, lalu pantas sahaja mendabik dada tanpa sedikit pun rasa malu. Betapa, dia hampir sahaja terlupa bahawa setiap denyut nadinya itu berada di bawah pengawalan Tuhan Yang Satu.

Pernahkah kita berfikir, sebaik sahaja usai solat fardhu yang kita lakukan; Adakah solatku ini diterima? Masih wujudkah lagi pandangan kasih Allah kepadaku? - Jika ya, teruskanlah istiqamah dengan pertanyaan-pertanyaan sebegini. " Seburuk-buruk pencuri ialah orang yang mencuri di dalam solatnya. Para sahabat bertanya, siapakah orang itu? Maka Rasulullah s.a.w menjawab; orang yang tidak sempurna rukuk dan sujudnya" -H.R Ahmad. Mengapa penulis mengaitkan soal hina hamba dengan solat? Kerana, solat adalah asas dan merupakan tiang kepada agama seseorang muslim. Malah, amalan pertama yang akan ditanya di akhirat kelak juga merupakan solat fardhu seseorang hamba itu. Jika baik solatnya, maka baiklah seluruh amalannya dan begitulah sebaliknya. Justeru, marilah kita kembali menilai khabar iman dan amal kita. Adakah solat kita mampu mengawal diri daripada melakukan perkara keji dan mungkar seperti apa yang terkandung dalam kalamullah itu? Ikhlaskah kita dalam menunaikan solat, atau hanya atas dasar tidak tahan mendengar leteran ibu ayah? Atau hanya atas alasan amalan ikut-ikutan sahaja? Tanpa sekelumit pun rasa untuk berusaha mengkaji hikmah sebenar solat terhadap diri manusia? Barangkali juga ada di antara kita yang bersolat hanya kerana ingin menunjuk-nunjuk. Maha Suci Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Penerima taubat, ampunkanlah dosa kami dan terimalah taubat kami..

Kasih sayang Allah s.w.t meliputi seluruh kerajaan lagit dan bumiNya. Kerana itulah setiap makhluk yang bernyawa mendapat bahagian rezeki mereka masing-masing. Betapa hebatnya rencana Al-Manan dan betapa hinanya nilai seorang hamba! Masakan dengan sedikit tempias nikmat Allah itu dia bisa merasakan diri cukup sempurna? Mengaku diri dengan kemuliaan, mengangkat diri dengan ilmu pengetahuan yang masih cetek pada hakikatnya, memanjangkan mata pada keindahan dunia, dan menghambakan diri kepada nafsu yang menggila, semua ini sifat tercela yang harus dibuang jauh-jauh dengan hanya satu cara. Yakni penyucian nurani hati dengan hiasan sifat tawaddhuk dan semaikanlah rasa jiwa kehambaan kerana sesungguhnya manusia itu tiada daya dalam melawan kekuasaan Allah s.w.t. Ibnu Umar pernah meriwayatkan sebuah hadis, sabda Rasulullah s.a.w yang mulia; " Sesungguhnya, hati ini boleh berkarat sebagaimana berkaratnya besi bila terkena air. Baginda ditanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana cara membersihkannya? " Rasulullah menjawab, "Perbanyakkanlah mengingati mati dan membaca Al-Quran"-(H.R Baihaqy)


Pertolongan yang tidak disangka-sangka

Tanpa kita ketahui, sebenarnya pertolongan Allah itu sering sahaja berlaku secara tiba-tiba dan tidak disangka-sangka. Bagi yang sentiasa meletakkan diri dalam keindahan tawakkal kepadaNya, saat pertolongan dan bantuan Allah itu lahir, jiwanya sentiasa dirundung rasa keinsafan. Lidahnya tidak henti-henti mengucapkan rasa syukur sehinggakan air matanya turut sama menyatakan rasa terima kasih tidak terhingga kerana masih mendapat pandangan kasih Ar-Rahman. Lantas, amalnya diperhebat kerana dalam diri tersemat indah rasa kehambaan. Keimanannya bahawa dengan mengingati Allah dikala senang, pasti mendapat perhatian Allah di kala susah semakin menebal. Alangkah indahnya saat jiwa berada dalam dakapan iman!

Bagi jiwa yang sakit, pasti pertolongan yang hadir itu dirasakan dengan berkat usahanya sendiri dengan menafikan bahawa tiap-tiap yang berlaku itu hanya terjadi dengan izin Dia Yang Maha Berkuasa. Inilah realiti kehidupan yang terjadi pada umat baginda rasul, Muhammad s.a.w yang diuji dengan pangkat dan harta kekayaan. Begitu juga dengan konteks pelajar yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Masih wujud sebilangan besar pelajar yang terlupa untuk mensyukuri nikmat kejayaan yang diberikan Tuhan kepada mereka. Mengapa hal ini terjadi, berbalik kepada jawapan yang sama. Kerana lunturnya rasa dan jiwa kehambaan.

Justeru, bagi orang-orang yang beriman, jangan pernah dirisaukan dengan perihal balasan Allah s.w.t kepada mereka. Sesungguhnya karunia Allah sangat luas. Masakan Allah tidak mengetahui penat lelah hamba-hambanYa yang soleh? Sehinggakan dunia dan seluruh isinya tidak layak diberikan sebagai ganjaran kepada mereka. Yang menanti pasti singgahsana nan indah di syurga kelak. Jangan pernah membiarkan penyakit ujub, riak dan takabbur merebak di hati. Juga jangan pernah menyesal andai segala apa yang kita kecapi tidak kita perolehi. Tiada satu makhluk pun yang bisa menandingi kehebatan dan kekuasaan Allah s.w.t. Pasti, bagi mereka yang terlibat di dalam jalan dakwah ini, persoalan mengenai himpitan-himpitan masalah menebal di benak fikiran. Barangkali pernah juga terlintas " Benarkah apa yang aku lakukan ini? Jika Allah meredhai apa yang aku lakukan, masakan aku diuji sebegini rupa?" Ingatlah, berjuang memang pahit! Kerana syurga itu manis. Masakan, jalanan perjuangan dihampar permaidani merah? Bersyukurlah bagi mereka yang diuji dengan kesusahan sedangkan ujian berupa kesenangan itu sememangnya lebih payah.


Jiwa Hamba

Semaikanlah jiwa hamba dan hindarkanlah diri dari mendabik dada dengan kemuliaan dan harta benda. Sucikanlah hati dengan memperbanyak amalan zikir dan bacaan Al-Quran kerana Rasulullah s.a.w pernah berpesan kepada kita; di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi ibnu Abbas; " Seseorang yang tidak ada sedikitpun Al-Quran di dalam hatinya adalah seperti rumah yang kosong," (H.R Tarmizi) Nauzubillahi minzaalik. Bagi mereka yang sedang merawat hati, jangan pernah khuatir dengan persoalan berupa " Mengapa semakin aku cuba merawat hati, semakin aku menemui kebuntuan, semakin aku menyedari kekotoran yang berlumut-lumut?" Inilah tanda bahawa hati itu sedang dirawat. Demikian jualah yang berlaku kepada tubuh badan kita saat para doktor menjalankan diagnosis. Jasad yang dirasakan sihat rupa-rupanya menghidap pelbagai penyakit-penyakit merbahaya. Oleh itu, nilailah kembali betapa kita ini sebenarnya mampu mengecapi nikmat kehidupan hanya dengan izin Dia Yang Maha Berkuasa. Beristighfarlah dengan ibu segala istighfar andai pernah terdetik di dalam hati rasa 'ujub,riak dan takabbur. Mudah-mudahan redha Allah bersama kita..

Allahumma irhamna bil Quran, Waj'alhu lana imaman wa nuran wa hudan wa rahmah. Allahumma zakkirna minhuma nasina wa 'allimna minhuma jahilna, waj'al hulana hujjatan ya Rabbal'Alamin..

Ya Allah kasihanilah kami dengan Al-Quran, jadikanlah ia imam, cahaya dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami ketika lupa serta bimbinglah kami ketika kami tidak mengetahui serta jadikanlah Al-Quran itu hujjah bagi kami..



Wallahu'alam

sumber dari :
www.iLuvislam.com
cahayatermasyhur
editor : kasihsayang

TABAH TERHADAP KESUSAHAN UNTUK AGAMA

Tabah Terhadap Kesusahan Untuk Agama
www.iluvislam.com
SahabatX
Editor: NuurZaffan



Tidak mungkin bagi orang yang lemah seumpama kita untuk menanggung kesusahan dan kepayahan dalam menyebarkan agama sebagaimana yang telah ditanggung oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Malah berniat untuknya pun adalah susah.

Kitab-kitab sejarah penuh dengan kisah-kisah sedemikian tetapi untuk beramal dengannya telah menjadi perkara yang asing. Malah kita tidak ingin pun bersusah-payah untuk mengambil tahu tentang kisah-kisah tersebut.

Dalam bab ini dinukilkan beberapa kisah sebagai contoh. Saya memulakan dengan kisah Nabi Muhammad s.a.w kerana menyebut Baginda ialah asbab keberkatan. Perjalanan Nabi s.a.w ke Taif Setelah mendapat tugas kenabian, Nabi s.a.w menjalankan usaha dakwah di Mekah selama sembilan tahun dan terus berusaha demi petunjuk dan islah kaum Baginda s.a.w.

Dikalangan orang yang menolong Baginda s.a.w, terdapat hanya segolongan kecil daripada mereka yang telah menerima Islam serta segelintir orang yang masih belum memeluk Islam. Kebanyakan orang kafir Mekah berusaha sedaya upaya untuk menyusahkan dan mempersendakan Baginda s.a.w serta para Sahabat r.a dengan berbagai-bagai cara tanpa melepaskan sebarang peluang yang ada. Bapa saudara Baginda s.a.w, Abu Talib juga ialah antara mereka yang baik hati. Walaupun tidak memeluk Islam, dia tetap membantu Baginda s.a.w dalam semua segi.

Selepas sepuluh tahun baginda s.a.w menjadi nabi, apabila Abu Talib meniggal dunia, orang kafir pun mendapat lebih banyak peluang untuk menghalang penyebaran Islam dan meyeksa orang Islam dengan berbagai-bagai cara secara terbuka. Nabi s.a.w telah pergi ke Taif dengan anggapan bahawa di sana ada kabilah Thaqif yang ramai bilangannya. Sekiranya kabilah tersebut memeluk Islam maka kaum muslimin di Mekah akan mendapat keselamatan daripada segala kesusahan tersebut dan Taif akan menjadi pusat penyebaran Islam.

Setelah tiba di sana, Baginda s.a.w telah berbicara dangan tiga pembesar yang dianggap tinggi darjatnya. Baginda s.a.w menyeru mereka kepada agama ALLAH dan berusaha menarik perhatian mereka untuk membantunya. Walaubagaimanapun, mereka bukan sahaja tidak menerima ajaran Baginda, sebaliknya telah menjawab secara kasar dan tidak berakhlak sekali. Sekurang-kurangnya mereka patut melayan tetamu yang baru datang dengan baik sesuai dengan sifat suka melayan tetamu yang memang termashur di kalangan bangsa Arab. Sebaliknya mereka telah menjawab secara kasar. Mereka juga tidak rela Nabi s.a.w tinggal di sana. Nabi s.a.w menganggap mereka yang merupakan pembesar kaum ialah orang yang baik dan akan bercakap dengan sopan tetapi salah seorang daripada mereka telah berkata:

"Hoi! Engkaukah orangnya yang ALLAH hantar sebagai nabi?"

Orang yang kedua pula berkata,"Tidakkah orang lain daripada kamu yang ALLAH temui untuk diutus sebagai Nabi?"

Orang yang ketiga pula berkata,"Aku tidak ingin bercakap dengan kamu, kerana kalaulah kamu sememangnya nabi sebagaimana didakwa maka mengingkari percakapanmu mandatangkan musibah dan sekiranya kamu seorang pendusta, aku tidak ingin bercakap dengan orang seumpama itu."

Apabila Nabi s.a.w tiada menaruh harapan lagi terhadap pembesar-pembesar itu, Baginda s.a.w cuba bercakap-cakap pula dengan orang lain kerana Baginda s.a.w ialah seorang yang mempunyai hemah dan kecekalan seumpama gunung. Malangnya tiada seorang pun yang sanggup menerima. Bukan sahaja mereka tidak menerima bahkan telah berkata kepada Nabi s.a.w, "Keluarlah dari bandar kami ini serta-merta. Pergilah ke mana-mana yang kamu suka."

Apabila Baginda s.a.w sudah langsung tiada menaruh harapan lagi terhadap mereka maka Baginda s.a.w telah memulakan langkah untuk pulang. Mereka telah menghantar budak-budak untuk mengejar, megejek,mempersendakan dan melontari Baginda s.a.w dengan batu hinggakan kedua-dua kasut Baginda s.a.w dilumuri dengan darah yang mengalir. Dalam keadaan itulah Nabi s.a.w pulang. Apabila Baginda s.a.w sudah selamat daripada pengacau-pengacau tersebut, Baginda s.a.w berdoa:

Mahkfum doa nabi : "Ya ALLAH, kepadaMU aku mengadu kelemahanku, kekurangan daya-upayaku dan kehinaanku pada pandangan manusia. Ya! Arhamarrahimin! Engkaulah Tuhan orang yang ditindas. Engkaulah Tuhanku. Kepada siapakah Engkau menyerahkan diriku ini, kepada orang asing yang akan menyerang aku atau kepada musuh yang menguasaiku? Sekiranya Engkau tidak murka kepadaku maka aku tidak peduli. Namun, afiatMu sudah cukup buatku. Aku berlindung dengan nur wajahMu yang menerangi segala segala kegelapan dan teratur di atas nur itu urusan dunia dan akhirat, daripada Engkau menurunkan kemarahanMu kepadaku atau Engkau murka kepadaku. KepadaMulah aku tetap merayu sehingga Engkau reda. Tiada sebarang daya (untuk melakukan kebaikan) dan tiada upaya (untuk meninggalkan kejahatan) kecuali denganMu."

Dengan doa sedemikian, bersemaraklah sifat qahhar ALLAH s.w.t, Raja segala kerajaan. Lalu Jibrail a.s datang memberi salam dan berkata, "ALLAH s.w.t telah mendengar perbualan kaum itu dengan tuan dan telah mendengar jawapan mereka serta menghantar satu malaikat yang bertanggungjawab ke atas gunung-gunung. Perintahkan sahaja malaikat itu supaya melakukan apa-apa yang tuan kehendaki." Selepas itu, malaikat tersebut memberi salam dan berkata,"Saya akan menunaikan segala yang diperintahkan supaya saya melagakan bukit-bukau di kedua-dua arah supaya mereka semua akan hancur atau apa-apa sahaja hukuman yang tuan tetapkan." Baginda s.a.w ialah seorang yang amat pengasih lagi belas kasihan. Baginda s.a.w telah memberi jawapan,"Aku tetap menaruh harapan kepada ALLAH bahawa walaupun mereka ini tidak memeluk Islam, pasti akan lahir orang yang akan menyembah ALLAH s.w.t dan beribadat kepadaNya di kalangan anak-anak mereka."

Inilah dia akhlak peribadi mulia seorang yang kita kononya berbangga-bangga menjadi pengikutnya. Sebaliknya, apabila kita sendiri mengalami sedikit kesusahan atau kita dilempari dengan kata-kata kesat, kita akan menjadi begitu marah sehingga kita menaruh perasaan dendam yang tidak akan padam-padam seumur hidup kita terhadap orang yang telah menyakiti kita. Kezaliman demi kezaliman kita lakukan ke atasnya sedangkan kita mengaku yang kita ialah pengikut Nabi Muhammad s.a.w yang mengikut jejak langkah Baginda s.a.w. Setelah menaggung kesusahan dan penderitaan yang sebegitu dasyat,

Baginda s.a.w sendiri tidak pun mendoakan keburukan ke atas mereka dan tidak juga mengambil sebarang tindakbalas.

Sumber : http://sahabatx.blogspot.com/

TABAH TERHADAP KESUSAHAN UNTUK AGAMA

Tabah Terhadap Kesusahan Untuk Agama
www.iluvislam.com
SahabatX
Editor: NuurZaffan



Tidak mungkin bagi orang yang lemah seumpama kita untuk menanggung kesusahan dan kepayahan dalam menyebarkan agama sebagaimana yang telah ditanggung oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Malah berniat untuknya pun adalah susah.

Kitab-kitab sejarah penuh dengan kisah-kisah sedemikian tetapi untuk beramal dengannya telah menjadi perkara yang asing. Malah kita tidak ingin pun bersusah-payah untuk mengambil tahu tentang kisah-kisah tersebut.

Dalam bab ini dinukilkan beberapa kisah sebagai contoh. Saya memulakan dengan kisah Nabi Muhammad s.a.w kerana menyebut Baginda ialah asbab keberkatan. Perjalanan Nabi s.a.w ke Taif Setelah mendapat tugas kenabian, Nabi s.a.w menjalankan usaha dakwah di Mekah selama sembilan tahun dan terus berusaha demi petunjuk dan islah kaum Baginda s.a.w.

Dikalangan orang yang menolong Baginda s.a.w, terdapat hanya segolongan kecil daripada mereka yang telah menerima Islam serta segelintir orang yang masih belum memeluk Islam. Kebanyakan orang kafir Mekah berusaha sedaya upaya untuk menyusahkan dan mempersendakan Baginda s.a.w serta para Sahabat r.a dengan berbagai-bagai cara tanpa melepaskan sebarang peluang yang ada. Bapa saudara Baginda s.a.w, Abu Talib juga ialah antara mereka yang baik hati. Walaupun tidak memeluk Islam, dia tetap membantu Baginda s.a.w dalam semua segi.

Selepas sepuluh tahun baginda s.a.w menjadi nabi, apabila Abu Talib meniggal dunia, orang kafir pun mendapat lebih banyak peluang untuk menghalang penyebaran Islam dan meyeksa orang Islam dengan berbagai-bagai cara secara terbuka. Nabi s.a.w telah pergi ke Taif dengan anggapan bahawa di sana ada kabilah Thaqif yang ramai bilangannya. Sekiranya kabilah tersebut memeluk Islam maka kaum muslimin di Mekah akan mendapat keselamatan daripada segala kesusahan tersebut dan Taif akan menjadi pusat penyebaran Islam.





Setelah tiba di sana, Baginda s.a.w telah berbicara dangan tiga pembesar yang dianggap tinggi darjatnya. Baginda s.a.w menyeru mereka kepada agama ALLAH dan berusaha menarik perhatian mereka untuk membantunya. Walaubagaimanapun, mereka bukan sahaja tidak menerima ajaran Baginda, sebaliknya telah menjawab secara kasar dan tidak berakhlak sekali. Sekurang-kurangnya mereka patut melayan tetamu yang baru datang dengan baik sesuai dengan sifat suka melayan tetamu yang memang termashur di kalangan bangsa Arab. Sebaliknya mereka telah menjawab secara kasar. Mereka juga tidak rela Nabi s.a.w tinggal di sana. Nabi s.a.w menganggap mereka yang merupakan pembesar kaum ialah orang yang baik dan akan bercakap dengan sopan tetapi salah seorang daripada mereka telah berkata:

"Hoi! Engkaukah orangnya yang ALLAH hantar sebagai nabi?"

Orang yang kedua pula berkata,"Tidakkah orang lain daripada kamu yang ALLAH temui untuk diutus sebagai Nabi?"

Orang yang ketiga pula berkata,"Aku tidak ingin bercakap dengan kamu, kerana kalaulah kamu sememangnya nabi sebagaimana didakwa maka mengingkari percakapanmu mandatangkan musibah dan sekiranya kamu seorang pendusta, aku tidak ingin bercakap dengan orang seumpama itu."

Apabila Nabi s.a.w tiada menaruh harapan lagi terhadap pembesar-pembesar itu, Baginda s.a.w cuba bercakap-cakap pula dengan orang lain kerana Baginda s.a.w ialah seorang yang mempunyai hemah dan kecekalan seumpama gunung. Malangnya tiada seorang pun yang sanggup menerima. Bukan sahaja mereka tidak menerima bahkan telah berkata kepada Nabi s.a.w, "Keluarlah dari bandar kami ini serta-merta. Pergilah ke mana-mana yang kamu suka."

Apabila Baginda s.a.w sudah langsung tiada menaruh harapan lagi terhadap mereka maka Baginda s.a.w telah memulakan langkah untuk pulang. Mereka telah menghantar budak-budak untuk mengejar, megejek,mempersendakan dan melontari Baginda s.a.w dengan batu hinggakan kedua-dua kasut Baginda s.a.w dilumuri dengan darah yang mengalir. Dalam keadaan itulah Nabi s.a.w pulang. Apabila Baginda s.a.w sudah selamat daripada pengacau-pengacau tersebut, Baginda s.a.w berdoa:

Mahkfum doa nabi : "Ya ALLAH, kepadaMU aku mengadu kelemahanku, kekurangan daya-upayaku dan kehinaanku pada pandangan manusia. Ya! Arhamarrahimin! Engkaulah Tuhan orang yang ditindas. Engkaulah Tuhanku. Kepada siapakah Engkau menyerahkan diriku ini, kepada orang asing yang akan menyerang aku atau kepada musuh yang menguasaiku? Sekiranya Engkau tidak murka kepadaku maka aku tidak peduli. Namun, afiatMu sudah cukup buatku. Aku berlindung dengan nur wajahMu yang menerangi segala segala kegelapan dan teratur di atas nur itu urusan dunia dan akhirat, daripada Engkau menurunkan kemarahanMu kepadaku atau Engkau murka kepadaku. KepadaMulah aku tetap merayu sehingga Engkau reda. Tiada sebarang daya (untuk melakukan kebaikan) dan tiada upaya (untuk meninggalkan kejahatan) kecuali denganMu."

Dengan doa sedemikian, bersemaraklah sifat qahhar ALLAH s.w.t, Raja segala kerajaan. Lalu Jibrail a.s datang memberi salam dan berkata, "ALLAH s.w.t telah mendengar perbualan kaum itu dengan tuan dan telah mendengar jawapan mereka serta menghantar satu malaikat yang bertanggungjawab ke atas gunung-gunung. Perintahkan sahaja malaikat itu supaya melakukan apa-apa yang tuan kehendaki." Selepas itu, malaikat tersebut memberi salam dan berkata,"Saya akan menunaikan segala yang diperintahkan supaya saya melagakan bukit-bukau di kedua-dua arah supaya mereka semua akan hancur atau apa-apa sahaja hukuman yang tuan tetapkan." Baginda s.a.w ialah seorang yang amat pengasih lagi belas kasihan. Baginda s.a.w telah memberi jawapan,"Aku tetap menaruh harapan kepada ALLAH bahawa walaupun mereka ini tidak memeluk Islam, pasti akan lahir orang yang akan menyembah ALLAH s.w.t dan beribadat kepadaNya di kalangan anak-anak mereka."

Iinilah dia akhlak peribadi mulia seorang yang kita kononya berbangga-bangga menjadi pengikutnya. Sebaliknya, apabila kita sendiri mengalami sedikit kesusahan atau kita dilempari dengan kata-kata kesat, kita akan menjadi begitu marah sehingga kita menaruh perasaan dendam yang tidak akan padam-padam seumur hidup kita terhadap orang yang telah menyakiti kita. Kezaliman demi kezaliman kita lakukan ke atasnya sedangkan kita mengaku yang kita ialah pengikut Nabi Muhammad s.a.w yang mengikut jejak langkah Baginda s.a.w. Setelah menaggung kesusahan dan penderitaan yang sebegitu dasyat, Baginda s.a.w sendiri tidak pun mendoakan keburukan ke atas mereka dan tidak juga mengambil sebarang tindakbalas.

Sumber : http://sahabatx.blogspot.com/

Tuesday, 11 November 2008

ANALOGI KUNCI KEPADA KEHIDUPAN

Analogi Kunci Kepada Kehidupan
www.iLuvislam.com
ibnulatef






Dalam kehidupan ada pasang-surutnya, ada masa kita dikurniakan nikmat dan adakalanya kita ditimpa musibah atau ujian. Manusia yang hidup didunia ini tidak akan seorang pun akan lepas dari ujian. Kadangkala kita terlupa apakah tujuan sebenarnya ujian-ujian yang menimpa ke atas kita. Sesungguhnya Allah tidak mencipta sesuatu dengan sia-sia. Dengan kata lain, ada hikmahnya.

Apa yang ingin disentuh ialah salah satu cara untuk mengawal diri dari terbabas ketika menerima ujian atau musibah. Terutamanya untuk pelajar-pelajar yang mendapati kesukaran dalam pelajaran. Seperti pepatah yang mengatakan 'Langkah yang seribu, tidak akan bermula melainkan dengan langkah pertama.

Dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi, kita boleh lihat analogi kunci. Kita diibaratkan seperti seorang yang ingin membuka sebuah pintu. Kita diberi satu gugusan kunci yang banyak. Katakanlah satu gugusan kunci mengandungi 1000 kunci. Pintu yang dikunci boleh diibaratkan dengan masalah yang hadapi. Jadi untuk membuka pintu tersebut mahu tak mahu, kita perlu mencuba satu per satu kunci dalam gugusan tersebut.

Masaalahnya disini sejauh manakah kita mampu untuk membuka tersebut tersebut sedangkan kita mempunyai segugus kunci yang mempunyai 1000 kunci? Hanya dengan keyakinan? doa? tawakkal?. Bahkan kita perlukan usaha untuk membukanya.

Keyakinan bahawa pintu tersebut akan terbuka akhirnya jika kita cuba membuka satu per satu perlu ada. Disamping itu, keyakinan bahawa Allah hanya akan melihat kepada usaha lebih dari keputusan juga perlu ditanamkan dalam hati. Usaha yang berterusan juga perlu. Tidak mudah putus asa. Tidak futur dalam perjuangan.

Kembali kembali kepada analogi tadi. Kita akan merasai susah jika kita cuba membuka pintu tersebut dengan kunci yang pertama. Tetapi perlulah diingat, semakin lama kita mencuba, insyaALLAH, semakin tinggi kebarangkalian untuk pintu itu dibuka. Manakan sama kebarangkalian untuk pintu itu dibuka apabila kunci yang pertama dibuka (1/1000), berbanding dengan kunci yang terakhir dibuka (999/1000).

Maka, ingatlah, setiap ujian dan kesusahan, jika kita mencuba secara berterusan, insyaALLAH, perkara yang kita hadapi akan menjadi lebih mudah.

ALLAH MAHA MENGETAHUI.

Kadang- kadang perjuangan adalah
Sesuatu yang kita perlukan dalam hidup kita
Jika tuhan membiarkan kita hidup
Tanpa ranjau dan perjuangan
Kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian
Kita mungkin tidak kuat untuk
Menghadapi rintangan bagi mencapai
Cita- cita dan harapan yang kita idamkan

Kita mungkin tidak akan pernah dapat ‘terbang’ jauh.
Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Kita memohan kekuatan dan keteguhan hati…
Dan Tuhan memberi kita dugaan dan ujian
Untuk membuat kita cekal dan kuat

Kita memohon kebijaksanaan…
Dan Tuhan memberi kita pelbagai persoalan hidup
Untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang.

Kita memohon kemakmuran…
Dan Tuhan memberi kita akal dan tenaga
Untuk dipergunakan sepenuhnya bagi
Mencapai kemakmuran.

Kadang- kadang perjuangan adalah
Sesuatu yang kita perlukan dalam hidup kita
Jika tuhan membiarkan kita hidup
Tanpa ranjau dan perjuangan
Kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian
Kita mungkin tidak kuat untuk
Menghadapi rintangan bagi mencapai
Cita- cita dan harapan yang kita idamkan

Kita mungkin tidak akan pernah dapat ‘terbang’ jauh.
Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Kita memohan kekuatan dan keteguhan hati…
Dan Tuhan memberi kita dugaan dan ujian
Untuk membuat kita cekal dan kuat

Kita memohon kebijaksanaan…
Dan Tuhan memberi kita pelbagai persoalan hidup
Untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang.

Kita memohon kemakmuran…
Dan Tuhan memberi kita akal dan tenaga
Untuk dipergunakan sepenuhnya bagi
Mencapai kemakmuran.

Kita memohon cinta…
Dan Tuhan memberi kita orang- orang bermasalah
Untuk diselamatkan dan dicintai.

Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati…
Dan Tuhan memberi kita kesempatan – kesempatan yang silih berganti.

Begitulah cara Tuhan membimbing kita…
Adakah jika kita tidak memperoleh apa yang kita idamkan,
Bererti bahawa kita tidak mendapat segala yang kita inginkan?

Kadang- kadang Tuhan tidak memberi apa yang kita minta,
Tapi dengan pasti Tuham memberikan yang terbaik untuk kita,
Kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah disebaliknya,
Bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan,
Padahal itulah yang terbaik untuk kita.




Kita memohon cinta…
Dan Tuhan memberi kita orang- orang bermasalah
Untuk diselamatkan dan dicintai.

Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati…
Dan Tuhan memberi kita kesempatan – kesempatan yang silih berganti.

Begitulah cara Tuhan membimbing kita…
Adakah jika kita tidak memperoleh apa yang kita idamkan,
Bererti bahawa kita tidak mendapat segala yang kita inginkan?

Kadang- kadang Tuhan tidak memberi apa yang kita minta,
Tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita,
Kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah disebaliknya,
Bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan,
Padahal itulah yang terbaik untuk kita.

BETAPA ALLAH DEKAT DENGAN KITA

Bila kau letih dan hilang semangat..
ALLAH tahu betapa kau mencuba sedaya upaya..

Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan..
ALLAH telah mengira titisan air matamu..

Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu..
ALLAH setia disisimu..

Bila kau telah mencuba segalanya,tapi tidak tahu tujuan..
ALLAH ada jalan penyelesaiannya..

Bila tidak ada yang bererti buatmu,keliru dan kecewa..
ALLAH adalah jawapannya..

Tuesday, 28 October 2008

JANGAN,JANGAN,JANGAN

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).


Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.


Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.


Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.


Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.


Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.



Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH..

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.


ALLAH lebih tahu apa yang terbaik ! untuk hamba ciptaanNya

Wasalam




'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'
(Sabda Rasulullah SAW)


'Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.'

Wednesday, 22 October 2008

PROGRAM IBADAH QURBAN 1429H/2008M

PROGRAM IBADAH QURBAN 1429H/2008M

TARIKH : 10 DISEMBER 2008 ( RABU )/12 ZULHIJJAH 1429

TEMPAT : PUSAT DAKWAH ISLAMIAH N.SEMBILAN PAROI.

Program ini terbuka kepada orang ramai.Sesiapa yang ingin menyertai,hubungi segera Pusat Dakwah Islamiah,N.Sembilan Paroi.

TEL : 06-6751609/1605/1604

FAX : 06-6789763

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : Pada 03 DISEMBER 2008.

SATU BAHAGIAN RM350,

PENYERTAAN ADALAH TERHAD

Thursday, 16 October 2008

Terjemahan Surah Al Fatihah

Selama ini kita hanya membaca sahaja.Mungkin ada juga dikalangan kita tidak tahu tafsir surah Al Fatihah.Membaca surah ini dalam solat amat penting sekali.Solat itu tiang Agama.Aku bertulis ini hanya ingin berkongsi.Dulu akupun tidak tahu.Aku fahami maksud surah ini untuk mendapatkan khusuk dalam solatku.

1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.

3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).

5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.

7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Untuk mendengar audio bacaan surah2 dalam Al Quran silalah ke alaman bawah yang tertulis AL Quran.atau di sebelah kanan blog ( Mari Belajar Membaca al Quran ) Semoga Amalan Kita Diterima dan Diberkati Allah.

94. Al INSHIRAH (8)

94. AL-INSHIRAH (8).

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih.

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?

وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ
Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَارْغَبْ
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


YA ALLAH PERMUDAHKANLAH APER YANG KAMI KERJAKAN DAN APA YANG KAMI HAJATI.PADAMU KAMI SEMBAH DAN KAMI POHON PERTOLONGAN.KAULAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASAHI.

hsh_n9@yahoo.com,hshn9.blogspot.com

Sunday, 28 September 2008

47 NILAI-NILAI MURNI KEARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MINDA KELAS PERTAMA.

47 NILAI-NILAI MURNI KE ARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MINDA KELAS PERTAMA.

-Kepercayaan kepada Tuhan
-Kesetiaan kepada negara dan pemerintah
-Mematuhi undang-undang dan peraturan
-Keikhlasan diri
-Hormat menghormati
-Kasih sayang
-Semangat Kemasyarakatanm
-Semangat Kerjasama
-Keserdahanaan
-Kesyukuran dan Keredhaan
-Berdaya saing
-Menghargai Masa
-Semangat hidup bermasyarakat
-Menghulur dan menerima kemaafan
-Displin Diri
-Bertanggungjawab
-Amanah
-Adil
-Tolong menolong
-Bermuafakat
-Prihatin
-sabar
-bertimbang rasa
-Toleransi
-Bersimpati
-Merendah diri
-Bersungguh sungguh
-Menghormati hak setiap individu
-Menyayangi diri,keluarga,jiran dan masyarakat
-Suci hati
-Berfikiran positif
-Amalan baik
-Sedia berkorban untuk kebaikan bersama
-Berkongsi untung nasib
-Benar
-Berani
-Murah hati
-Yakin diri
-Berpada
-Berlemah lembut
-Berterusterang
-Bercita-cita tinggi
-Tidak mengambil hak orang lain
-Mencintai alam semula jadi

Monday, 22 September 2008

SELAMAT HARI RAYA


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


DENGAN INI AKU INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1429H.MAAF ZAHIR DAN BATIN.
RAYER NIE JEMPUTLAH DATANG KERUMAH.


DUIT RAYA AKU DAH BAGI AWAL AWAL.JADI FAHAM2 JER LA BILA RAYER KAT UMAH AKU YER..
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Thursday, 18 September 2008

CARA SAMBUT HARI RAYA

Cara Sambut Hari Raya
Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagaikemungkaran dan kemaksiatan,
Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untuk berehat telah berakhir.Adalah di cadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhirRamadhanatau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar.Semoga mereka diampuni.

Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pinturumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka.

Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita makaanak2 akan ingat kpd kita.



Kesimpulannya Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuhkeberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgnamalan-amalan untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesam manusia.Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan diRamadhan yang akan datang.

Alhamdulillah

LIRIK .ALHAMDULILLAH.
Too Phat,Yasin,Dian Sastro,Ahli Fikir.

Dian Sastro:
Disaat waktu berhenti…kosong
Dimensi membutakan mata,memekakkan telinga
Lalu diri menjadi hampa
Saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka
*Sadarku akan hadirmu,mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

Yassin:
Ult li albi bissaraha (I’m opening up my heart with honesty)
Hayya nab’idil karaha (Let’s avoid the hated and hatred)
Syakkireena a’ kulli ni’ma (Let’s remain thankful with what we have)
Ba’ ideena anil fattana (Let’s avoid all lies and sins)

Malique:
Merenungi luar jendela,
mengagumi kebesaran yang Maha Esa
Ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
Tak memadai hanya kecapi rasa selesa
Maukan harta yang mampu beli 1 semesta
Berpesta ke pagi botol bergelimpangan
Kekasih muda bukan takat berpegang tangan
Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalanBila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
Bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
Ingin hidup sempurna aset nilai berjuta,
saling tukar wanita,senyum dan mati tua
Bakat dikurnia jangan disalah guna
Jangan kufur nikmat yang diberi percuma
Guna kelebihan untuk hikmah bersama
Jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama
Ada berisi ada yang kurus,ada melencong ada yang lurus
bukan semuanya tulus
ada sempuna ada kurang upaya
ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata,
boleh hilang dalam sekelip mata
Ucaplah alhamdulillah bukannya sukar,
kerna semana kaya atau besarTetap Allahuakbar!!!

Joe Flizzow:Jadikanlah ku tentera Fisabilillah
yang tertera di kalimah harap memanduilah
Entah apabila persimpangan tiba,
hidup penuh rintangan harus kuhadapinya
Harapku tidak terlupa diri bila gembira,
dan cuma mula mencari kau disaat hiba
Ku cuma manusia penuh dengan kesilapan
tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
Tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan
Teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan
Sentiasa legar diminda,dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya
Ku mengerti siapa ku tanpamu disisi dan apa guna posesi juga posisi
Sementara ini cuma hanya puisi,nukilan tulisan dan bisikan isi hati
Mencari keterangan,menjiwai peranan
menepati pesanan janji juga saranan
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki,moga tidak terleka dalam perjalanan ini

Ahli Fiqir:Aku yang memandang di dalam lubuk hati,
mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi
Aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hatiAku hakiki,aku mengerti
segala yang terjadi di langit dan di bumi
Gunanya tiada fantasi, pelik dan benar,qada’ dan qadar
kau berilah ku kekuatanAgar dapat ku hindarkan segala kesesatan
Usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini,
aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui
Moga cahaya lailatul tak membutakan mataku,
semoga segala puji tak ku meninggi diri
Moga segala janji dapat juga ku penuhi,
moga dapatku hadapi tikaman dari belakang
Lidah setajam pisau, ku tidak akan risau
dengan dugaan cabaran sepanjang perjalanan
Ku pasrah ku akur
7,8,6 Alhamdulillah Syukur…

Dian Sastro:
Sujudku pun takkan memuaskan inginku
‘tuk hanturkan* sembah sedalam kalbu
Adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
Untuk nama,harta dan keluarga yang mencinta
Dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
Alhamdulillah pilihan dan kesempatan
Yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
Semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah….

JANGAN MENGELUH

JANGAN MENGELUH .

Kita selalu Bertanya.... ......... .......dan Al-Quran sudah menjawabnya. ......... .......

KITA BERTANYA : KENAPA aku DIUJI?

[QURAN MENJAWAB "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA aku TAK DAPAT APA YG aku IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " - Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS aku MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS aku MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45 KITA BERTANYA : APA YANG aku DAPAT DRPD SEMUA INI? QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA aku BERHARAP?

QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. " - Surah At-Taubah ayat 129 KITA BERKATA : aku TAK DAPAT TAHAN!!! QURAN MENJAWAB "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

" Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah." Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Tuesday, 16 September 2008



NUZUL AL QURAN DAN LAILATUL QADAR

Oleh; Dr. Samsu Adabi Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia


Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran


Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.


Panduan


Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.


Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.
Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.
Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.
Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.


Kesimpulan


Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).

hshn9: PUSAT DAKWAH ISLAMIAH N.SEMBILAN.#links

hshn9: PUSAT DAKWAH ISLAMIAH N.SEMBILAN.#links

Sunday, 14 September 2008

PUSAT DAKWAH ISLAMIAH N.SEMBILAN.





INFO PUSAT DAKWAH ISLAMIAH N.SEMBILAN.

Perletakan batu asas telah dilakukan pada tahun 1990.Pada awalnya terdapat 2 fasa pembinaannya iaitu
fasa 1 : pembinaan sebuah dewan besar, 2 buah dewan makan , 1 dewan theatherate, 10 bilik kuliah, sebuah bilik VIP dan sebuah bilik menunggu. Ia siap dan digunakan pada 1/4/1995.
Fasa 2 : surau dan 2 buah blok asrama. Ia siap dan digunakan pada Mac 1998.
Tetapi blok Pentadbiran tidak dapat disiapkan kerana kegawatan ekonomi pada ketika itu.

Perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu Pada 24 Jun 1999.

Fasa 3: blok pentadbiran telah siap pada Disember 2004 dan mula digunakan pada Mac 2005

Kedudukannya yang stategik terletak di jalan Seremban – Kuala pilah iaitu betul di persimpangan ke Senawang.Bangunan Pusat Dakwah ini juga berdekatan dengan Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi Dan tidak jauh dari Kompleks Belia Dan Sukan Paroi.

Pentadbiran.

Dalam pentadbiranPusat Dakwah ini terbahagi kepada empat bahagian atau unit iaitu.
Unit Kefahaman Islam ( UKIS )
Unit Ukhwah
Unit Pentadbiran

Unit Keurusetiaan ( baru ditubuhkan pada tahun 2008 )

Aktiviti-aktiviti di Pusat Dakwah Islamiah N.Sembilan Paroi

Disini ada menganjurkan krusus-krusus sepanjang tahun untuk saudara baru,pelajar-pelajar dan orang awam diantaranya krusus asas saudara baru,krusus jenazah,kursus mo
tivasi dan banyak lagi yang berkaitan dengan dakwah Islam.
Di pusat dakwah ini juga ada mengadakan Solat Sunat terawikh yang diimamkan oleh Tahfiz sepanjang bulan Ramadhan setiap tahun. Selain itu ibadah korban juga ada dijalan kan disini setiap tahun.
Pihak pengurusan PDINS ada mengeluarkan Takwim aktiviti dan kursus setiap tahun.

Untuk maklumat lanjut disini saya sertakan alamat dan no telifon.

Pusat Dakwah Islamiah N.Sembilan
70400 Paroi, Seremban,
N.Sembilan Darul Khusus.
Telifon : 06 6751609,06 6751603.

AMALAN AMALAN DI BULAN RAMADHAN

Amalan-amalan di bulan Ramadhan
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supayadapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10)Sahur diwaktu akhir
11)Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makananpedas dan tutup sahur dengan air susu
12)Mandi Janabat sebelum Imsak
13)Kurangkan tidur
14)Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15)Tunaikan Solat Dhuha
16)Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17)Tunaikan solat Rawatib
18)Jaga pacaindera
19)Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20)hadiri majlis ilmu
21)Buat baik pd ibubapa
22)Isteri hendaklah taat pd suami
23)Banyakkan bersedekah
24)Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25)Berbuka bersama org tua
26)Jemput tetamu berbuka
27)Kurangkan berat badan
28)Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29)Baiki hubungan suami isteri
30)Baiki hubungan jiran
31)Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32)Elakkan berbelanja berlebihan
33)Kuatkan kesabaran
34)Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35)Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36)Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37)Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38)Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39)Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40)Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41)Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42)Melazimkan solat waktu
43)Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44)Elakkan banyak berhutang
45)Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemulagi dengan Ramadhan akan datang
46)Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)

1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawihberjemaah di masjid/surau,inisudah dikira beramal Al Qadar
2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang- Baca ayat akhir surah Al Baqarah- Baca ayat Kursi- Baca surah Yaasin- Baca surah Al Zalazah- Baca surah Al Qafirun- Baca surah Al Ikhlas
3)Bagi orang yamg kuat dan cergas- Bangunkan isteri dan anak- Mandi- Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca AlQuranNUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )- Tarikh turunnya Al Quran- Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik

Wednesday, 10 September 2008

DARI USMAN AWANG

DARI USMAN AWANG
Melayu itu orang yang bijaksana,Nakalnya bersulam jenakaBudi bahasanya tidak terkiraKurang ajarnya tetap santunJika menipu pun masih bersopanBila mengampu bijak beralas tangan.Melayu itu berani jika bersalahKecut takut kerana benar,Janji simpan di perutSelalu pecah di mulut,Biar mati adatJangan mati anak.Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:Jawa itu Melayu, Bugis itu MelayuBanjar juga disebut Melayu,Minangkabau memang Melayu,Keturunan Acheh adalah Melayu,Jakun dan Sakai asli Melayu,Arab dan Pakistani, semua MelayuMamak dan Malbari serap ke MelayuMalah mua’alaf bertakrif Melayu(Setelah disunat anunya itu)Dalam sejarahnyaMelayu itu pengembara lautanMelorongkan jalur sejarah zamanBegitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnyaKias kata bidal pusakaAkar budi bersulamkan dayaGedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorakTerlalu ghairah pesta temasyaSedangkan kampung telah tergadaiSawah sejalur tinggal sejengkaltanah sebidang mudah terjualMeski telah memiliki telagaTangan masih memegang taliSedang orang mencapai timba.Berbuahlah pisang tiga kaliMelayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universitiMasih berdagang di rumah sendiri.Berkelahi cara MelayuMenikam dengan pantunMenyanggah dengan senyumMarahnya dengan diamMerendah bukan menyembahMeninggi bukan melonjak.Watak Melayu menolak permusuhanSetia dan sabar tiada sempadanTapi jika marah tak nampak telingaMusuh dicari ke lubang cacingTak dapat tanduk telinga dijinjingMaruah dan agama dihina janganHebat amuknya tak kenal lawanBerdamai cara Melayu indah sekaliSilaturrahim hati yang murniMaaf diungkap senantiasa bersahutTangan diulur sentiasa bersambutLuka pun tidak lagi berparutBaiknya hati Melayu itu tak terbandingkanSelaga yang ada sanggup diberikanSehingga tercipta sebuah kiasan:“Dagang lalu nasi ditanakkanSuami pulang lapar tak makanKera di hutan disusu-susukanAnak di pangkuan mati kebuluran”Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satuMasihkan tunduk tersipu-sipu?Jangan takut melanggar pantangJika pantang menghalang kemajuan;Jangan segan menentang laranganJika yakin kepada kebenaran;Jangan malu mengucapkan keyakinanJika percaya kepada keadilan.Jadilah bangsa yang bijaksanaMemegang tali memegang timbaMemiliki ekonomi mencipta budayaMenjadi tuan di negara Merdeka

PERASMIAN BLOG hshn9

Bismillahhirrahmanirrahim...
Dengan ini aku merasmikan blog aku sendiri..
Harap kawan semua dapat berikan sokongan.
Dapatlah kiter berkongsi kongsi ilmu,pengalaman,
cerita2,isu semasa,tazkirah,busines,bertukar tukar pendapat dan aperjua
info yang bermanfaat untuk semua.

Kunjungan di blog aku nie amat dialu alukan.

sekian buat masa nie..

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

hshn9.