Friday 8 May 2009

DUNIA ADALAH PENTAS,AKHIRAT TEMPAT YANG SEBENAR

DUNIA ADALAH PENTAS,AKHIRAT TEMPAT YANG SEBENAR

Sebagai umat Nabi Muhammad saw kita dituntut mengejar kejayaan dunia dan akhirat.Kejayaan dunia adalah bekal untuk kita mencapai kejayaan diakhirat,dunia adalah pentas yang akan menguji ketaatan kita kepada Allah menurut perintahnya.Kekuatan iman diuji, pelbagai cabaran dan dugaan yang akan kita hadapi.

Untuk mendapat keredaan Allah segala perbuatan hendaklah di niat kerana Allah.Dari situ tidaklah timbul penyakit rohani seperti sakit hati dan dendam.kedua dua penyakit ini bukan sahaja boleh membahayakan individu dan rumahtangga tetapi boleh menghancurkan sebuah peradaban manusia.Janganlah terlalu cintakan dunia kerana dunia adalah sementara,segala yang kita miliki tidak akan kekal buat selama-lamanya.Segala kenikmatan yang kita dapat didunia datangnya dari kurniaan Allah.Munusia sebagai kalifah dimuka bumi itu amanah yang perlu kita pegang sebaik mungkin kerana itu adalah penentu kejayaan kita di akhirat.

Alangkah baiknya jika mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

“ Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad,
Maka bertawakallah pada Allah,
Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang bertawakal kepadanya.”
: Ali Imran 159


Ya Allah jadikanlah kami hamba yg sentiasa mengingatiMu, yg selalu patuh perintahMu, yg mengalirkan air mata kerana menginsafi dosa terhadapMu... Amin

Saya budak baru belajar klu salah tolong tunjukkan.Jika ader kesilapan dalam aper yang aku tulis nie sila tegur.Untuk kebaikan bersama.