Sunday 12 April 2009

CERPIN SANTAI

KELDAI YANG MEMAKAI SERBAN.

Seorang ahli hikmah masuk ke dalam sebuah kampung dengan menunggang seekor keldai.Beliau memakai serban besar kelihatan begitu letih dan ingn beristirehat di kampung itu sebelum meneruskan kembaranya.
Melihat ahli hikmah itu datang ke kampung mereka,orang kampung itupun segera menyambutnya.
"Assalammualaikum orang alim,"sapa seorang lelaki.
"Selamat datang tuan,"sapa seorang yang lain.
Tidak lama kemudian,hebohlah seluruh isi kampung.Hampir seluruh penduduk kampung keluar menyambut ahli hikmah itu.
"Tolong ajarkan kami.."pinta mereka.
"Jadilah guru kepada kami semua."
"Syukur tuan datang.Jika tidak jahillah kami."
Ahli hikmah itu turun dari keldainya dan bertanya,"Bagaimana kamu semua tahu yang aku nie orang alim?"
Orang-orang kampungpun menjawap,hampir serentak,"Kerana kami lihat tuan memakai serban besar,tentulah ilmu tuan banyak.Tolong-tolong ajarlah kami."
Sambil tersenyum ahli hikmah itu membuka serbannya dan terus memakaikan serban itu ke diatas kepala keldainya.
"Ha..sekarang keldaiku yang memakai serban yang besar.Sila kamu semua belajar daripadanya."
Orang kampung tercengang-cengang.Tidak sangka mereka telah mendapat "pelajaran pertama"daripada ahli hikmah itu dengan cara yang begitu bersahaja,tetapi sangat sinis sekali.Ya pengajaran kadakala pahit sedikit.

PENGAJARAN : RAMAI ANTARA KITA YANG MASIH MENGUKUR NILAI DALAMAN SESEORANG HANYA BERDASARKAN RUPA LAHIRIAHNYA.WALAUPUN TANDA-TANDA LAHIRIAH JUGA PENTING SEBAGAI PETANDA BAIK ATAU BURUKNYA KEPERIBADIAN SESEORANG,TETAPI SIKAP TERLALU CEPAT MENERIMA ATAU MENOLAK SESEORANG HANYA BERDASARKAN PAKAIAN,KELULUSAN,GELARAN ATAU YANG LAIN-LAIN UKURAN FIZIKAL ATAU METERIAL,ADALAH TIDAK TEPAT.
PAKAIAN ADALAH UMPAMA "TOPENG"YANG KITA PAKAI.TIDAK SALAH MEMAKAI TOPENG YANG BAIK.NAMUN,PASTIKAN BAHAWA KITA ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA TOPENG YANG KITA PAKAI...